BAMAKO 12 Jan. - Pasukan tentera Perancis dan beberapa negara Eropah lain dilapor menghulurkan bantuan kepada kerajaan Mali untuk melancarkan serangan balas terhadap kumpulan pemberontak di negara ini, semalam.
Seorang pegawai kerajaan Mali yang enggan dikenali berkata, tentera dari negara Eropah termasuk Perancis telah tiba di negara ini untuk menentang kumpulan pemberontak tersebut.
Kami tidak akan mendedahkan jumlah tentera yang terlibat, lokasi pangkalan dan senjata yang digunakan dalam serangan balas ini," kata pegawai terbabit. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_13/Perancis-Eropah-bantu-kerajaan-Mali-perangi-pengganas#ixzz2Hm7hJKT6
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment