DAMSYIK- Syria mengecam Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi yang didakwa berat sebelah dan timbul keraguan berapa lama lagi penantara Liga Arab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini boleh meneruskan misi keamanan.

Kementerian Luar Syria memberi tindak balas terhadap kenyataan Brahimi yang juga diplomat veterab Algeria, sehari selepas beliau menyarankan Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.

“Di Syria, apa yang orang lain boleh katakan pemerintahan keluarga beliau selama 40 tahun itu terlalu lama,” kata Brahimi merujuk kepada Assad yang mewarisi jawatan dari bapanya yang pernah merampas kuasa pada tahun 1970 dan memerintah selama 30 tahun.

Kementerian Luar turut terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Brahimi dan ia menunjukkan beliau berat sebelah.

Media di negara itu turut berkata yang Brahimi mula menunjukkan wajah sebenar beliau iaitu sekadar alat untuk melaksanakan dasar Barat.

Brahimi sebelum ini berusaha untuk menyelesaikan konflik politik yang sudah berlanjutan selama 22 bulan dan mengorbankan lebih 60,000 rakyat Syria.