Monday, April 19, 2010

Blog tidak gugat Pas: Husam





2010/04/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Husam Musa berkata tindakan menyebarkan rahsia parti itu menerusi laman blog tidak akan menggugat Pas.
Ini kerana katanya, masyarakat khususnya rakyat Kelantan sedar akan
kewujudan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jika ada orang dalam Pas bersikap membocorkan rahsia dalaman parti boleh dihukum pancung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan laporan sulit hasil bedah siasat pilihan raya umum ke-11 di Kelantan pada 2004, yang menyaksikan Kelantan hampir jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Antara blog yang kerap membuat kenyataan mengenai pentadbiran Nik Abdul Aziz dan Pas di Kelantan ialah blog Kickdefella. - Bernama

No comments:

Post a Comment