Monday, April 19, 2010

Lagi sekor katak lompat


Dr Halili keluar PKR sertai Umno



2010/04/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETALING JAYA: Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat, antara pengasas parti itu, mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Dr Halili, 58, seorang pakar bedah dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat kerana PKR sudah terpesong jauh daripada perjuangannya di mana beliau turut terbabit secara langsung semasa mengasaskan parti itu pada tahun 1999.

Menurut beliau, PKR kini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya.

"Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi PKR lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini.

Dr Halili berkata beliau tertarik dengan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa perubahan politik Umno dan Barisan Nasional (BN). - Bernama

No comments:

Post a Comment