HULU SELANGOR: "Kami sudah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".
Ini adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
"Kami sudah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR Latheefa Koya.
Latheefa berkata mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.
"Kami tidak terkejut. Jadi kami sudah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

No comments:
Post a Comment