Hargai perjuangan Utusan
KUALA LUMPUR 29 Mei - Kongres Ekonomi Bumiputera malam ini merakamkan penghargaan khusus kepada Kumpulan Utusan di atas sumbangannya memperjuangkan nasib dan survival Melayu di negara ini.Pengerusi kongres, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun akhbar Utusan Malaysia diserang oleh beberapa pihak terutamanya parti pembangkang tetapi akhbar tersebut masih tetap teguh dengan prinsip dan semangatnya.
''Tahniah kepada Kumpulan Utusan dan seluruh warga kerjanya yang terlalu banyak sumbangan kepada perjuangan Melayu di negara ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
No comments:
Post a Comment