Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini acap kali dakwaan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang ‘melompat’ dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama 'wakil bebas mesra BN' diberikan ganjaran wang dan kontrak. Selama itulah, katanya mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa. “Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya. “Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat. |
Saturday, May 29, 2010
Wang, kontrak jutaan ringgit untuk wakil melompat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment