Tuesday, June 29, 2010

90 penyokong PKR masuk BN



SEREMBAN – Sikap tidak prihatin pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan menjadi punca seramai 90 penyokongnya di Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini, bertukar haluan dengan menyertai Barisan Nasional (BN). 

Ketua kumpulan terbabit, Mohd Arif Jaafar, 62, berkata, seramai 300 penyokong PKR di taman perumahan itu dijangka mengikut langkah sama dalam masa terdekat. 

"Sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu, pemimpin PKR menaburkan bermacam-macam janji untuk kami di sini. 

"Namun selepas itu, mereka langsung tidak menjenguk kami dan membuatkan kami kecewa kerana seolah-olah diperlukan pada pilihan raya sahaja,” katanya pada sidang media Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Orang Ramai Taman Kelab Tuanku, malam kelmarin. 

Sebelum itu, Mohd Arif yang juga bekas ahli PKR menyerahkan borang :ke�ahlian UMNO kepada Menteri Besar, merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Selain Arif, seramai 69 bekas penyokong PKR di Taman Kelab Tuanku mengemukakan borang :keahlian UMNO, sementara 20 lagi menyertai MIC. 

Mohd Arif berkata, tindakannya dan rakan lain menyertai BN adalah secara sukarela selepas menyedari PKR tidak mempunyai hala tuju jelas dalam usaha membela rakyat. 

"Kami tidak dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak. Kami juga tidak pernah ditawarkan sebarang :imbu�han,” katanya. 

:Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, BN sentiasa mengalu-alukan keahlian bekas ahli atau penyokong pembangkang dalam parti komponen. 

"Terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti yang sesuai dengan matlamat perjuangan masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment