SENAI – Pelakon komedi terkenal, S Shamsudin dilaporkan cedera pada tulang pinggulnya selepas terjatuh daripada katil sewaktu tidur di rumah anaknya di Singapura pada 26 Jun lalu. Anak ketiganya, Noredah berkata, kejadian tersebut berlaku ketika ayahnya ingin ke bilik air tetapi telah terjatuh daripada katil sehingga menyebabkan tulang pinggulnya retak. “Kami kemudiannya menghantarnya ke Hospital Alexandra di Singapura namun doktor mendapati paru-paru ayah dijangkiti kuman yang menyebabkan pembedahan gagal untuk dilaksanakan. “Doktor telah memberi ubat namun kesannya lambat kerana difahamkan jangkitan itu terlalu serius,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Menurutnya, sebelum ini ayah mampu melakukan senaman dan boleh berjalan perlahan-lahan namun seleranya semakin berkurangan kebelakangan ini. “Ayah telah mengalami demam sejak 25 Jun lalu dan mengalami kesukaran membuang air kecil dan hari ini (semalam), ayah hanya makan sebanyak empat sudu bubur serta tekanan darahnya juga tidak stabil. “Kami sekeluarga juga telah berkumpul dan berharap ayah dapat sembuh kerana doktor telah menasihatkan kami supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya. Noredah dan seluruh keluarga juga berharap peminat di tanah air mendoakan kesejahteraan ayahnya supaya sembuh daripada sebarang penyakit. Shamsudin yang dikenali sebagai Sudin dilahirkan pada 1 Januari 1929 kini berusia 81 tahun terkenal dengan komedi spontannya yang juga seangkatan dengan seniman agung, Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Satar. Sabtu lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menziarah Shamsudin yang uzur di rumah anak bongsunya di flat di Bukit Batok, Singapura. Semasa kunjungan Rais, Shamsudin kelihatan kurus dan kurang bermaya, dan menurut isteri Shamsudin, Puteh Esmoon, suaminya demam sejak tiga hari lepas. Pada pertemuan itu, Shamsudin banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah dua apabila ditanya mengenai perkembangan dirinya. |
Tuesday, June 29, 2010
Pelakon komedi S Shamsudin cedera jatuh katil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment