Tuesday, June 29, 2010

Micheal mungkin masih hidup jika peluk Islam: Jermaine


Selepas genap setahun pemergian Raja Pop dunia Michael Jackson, aura penyanyi itu masih memberikan kesan yang cukup mendalam kepada seluruh masyarakat dunia. 

Malah, hingga ke saat ini, masih ramai yang tidak henti-henti memperkatakan tentang sejarah dan kehebatan Michael Jackson. 

Apa pun, Jermaine Jackson yang juga abang kandung kepada superstar tersebut berpendapat, sekiranya legenda pop yang disayangi ramai itu memeluk Islam, dia barangkali mungkin masih hidup sehingga kini. 

Jermaine yang juga salah seorang daripada anggota The Jackson 5 yang turut dianggotai Michael sewaktu dia masih kanak-kanak berkata demikian sewaktu diwawancara pihak BBC sempena ulang tahun pertama kematian Michael yang dikatakan berpunca akibat pengambilan ubat yang berlebihan. Dia juga berpendapat, adiknya itu sepatutnya meninggalkan Amerika Syarikat. 

”Saya rasa jika Michael memeluk Islam beliau mungkin akan masih di sini pada hari ini dan saya katakan begitu kerana pelbagai sebab. Kenapa? Kerana apabila anda mempunyai 100 peratus keyakinan serta jelas tentang siapa diri anda, mengapa anda di sini dan semua orang di sekeliling anda, pasti semuanya akan berubah di mana anda menjadi lebih baik. Anda juga seolah-olah akan mendapat kekuatan. 

”Tuhan itu sangat berkuasa. Michael mengkajinya. Beliau membaca banyak buku kerana saya banyak belikan buku untuk beliau dari Arab Saudi. Saya juga belikan buku untuk beliau dari Bahrain.Saya sebenarnya yang yang membawa beliau ke Bahrain kerana saya mahu beliau keluar dari Amerika,” kata Jermaine yang beragama Islam kepada radio World Service BBC. 

Jermaine mendakwa, adiknya itu tidak menolak ajakannya untuk memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment