Tuesday, June 29, 2010

Rosmah saran mat rempit masuk Kem Perkasa


Rosmah Mansor bersama Prof. Dr. Sharipah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kiri) melihat sijil 33 peserta Kem Perkasa Remaja pada Majis Penutup Program Kem Perkasa di UKM Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan golongan remaja terutama mat rempit menyertai Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik.
Menurutnya, beliau berharap lebih ramai golongan berkenaan akan menyertai kem itu yang dapat meningkatkan kesedaran tentang keburukan kegiatan lumba motosikal haram dan kegiatan yang tidak berfaedah.
"Kita tidak mahu memaksa mereka menyertai program ini kerana ia mest dilakukan dengan kehendak sendiri.
"Biarlah golongan ini menyertai kem itu dengan rela hati sekiranya mereka sudah sedar diri tentang akibat buruk gejala negatif ini," ujarnya selepas merasmikan Majlis Penutup Kem Perkasa sesi pertama 2010 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin, Pengarah Pusat Pemerkasaan Remaja UKM, Prof. Dr. Samsudin A. Rahim dan Ketua Program Kem Perkasa Remaja, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail.
Kem Perkasa Remaja itu julung kali diadakan di UKM dengan tujuan memulihkan remaja yang terlibat dalam aktiviti yang dikenali sebagai merempit. Seramai 33 peserta berusia 18 hingga 25 tahun dari sekitar Shah Alam dan Rawang menyertai program itu yang berlangsung dari 1 Mac hingga hari ini.
Rosmah yang juga Penaung program Permata Negara berkata, beliau difahamkan terdapat kira-kira 30,000 mat rempit di negara ini namun hanya 33 yang menyertai kem itu.

No comments:

Post a Comment