Tuesday, June 29, 2010

Kontraktor istana disiasat


KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya bercadang menyenaraihitamkan kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika terbukti tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing. 

:Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyiasat dakwaan berkenaan. 

:“Saya bersimpati dengan pekerja :asing walaupun masuk haram, tetapi mereka telah diketepikan hak kebajikan. Saya telah minta CIDB pagi tadi supaya segera menyiasat jika kebenaran ini ada dan mengikut data-data dari Kementerian Dalam Negeri.: 

“Jika benar syarikat-syarikat yang melaksanakan projek ini, walaupun projek ini merupakan projek design and build, maka kementerian tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan supaya kontraktor disenarai hitam pada masa akan datang,” katanya semasa menggulung perbaha�san usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat, semalam. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang membangkitkan isu kontraktor tidak membayar tiga bulan gaji 1,000 pekerja yang terlibat dengan pembinaan Istana Negara, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin. 

Mengenai pertambahan kos hiasan dalamannya yang dianggarkan sebanyak RM150 juta hingga RM200 juta seperti yang ditanya Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Shaziman berkata tidak berlaku pertambahan kos sebanyak itu. 

Berkenaan isu siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang runtuh, Shaziman berkata, mengikut laporan asal yang diterimanya, tidak berlaku keruntuhan siling, sebaliknya hanya berlaku kebocoran paip. 

“Apabila berlaku kebocoran paip, syarikat yang mengendalikan kerja-kerja baik pulih telah tukar paip dan meletakkan pelekat dan dalam masa yang sama meminta paip tidak dibuka dalam tempoh tertentu supaya ia benar-benar melekat. 

“Malangnya telah berlaku masalah komunikasi apabila paip digunakan sebelum batangnya melekat, maka telah berlaku kebocoran dan ia kena buat satu lubang besar pada siling yang ada untuk melihat sendiri apakah punca-punca,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment