Tuesday, June 29, 2010

Putera Harry terjatuh dari kuda semasa bermain polo


DETIK-DETIK Putera Harry terjatuh dari kuda tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan semasa menyertai perlawanan polo klasik Veuve Clicquot Polo Classic iaitu untuk mengutip derma di Governors Island, New York, kelmarin. - AFP


NEW YORK 28 Jun - Putera raja Britain, Putera Harry terjatuh dari kudanya semalam, sebelum tewas ketika menentang pemain polo terkemuka dunia dari Argentina, Nacho Figueras dalam perlawanan polo di sini.
Namun ia merupakan untuk satu tujuan yang baik bagi membantu 400,000 kanak-kanak negara Afrika yang dilanda AIDS.
Putera raja kepada mendiang Puteri Diana yang berusia 25 tahun itu terjatuh dari kuda polo miliknya di separuh masa pertama pada perlawanan tahunan ketiga Polo Klasik Veuve Clicquot di Governors Island.
Beliau tetap tersenyum dan meneruskan perlawanan itu di mana pasukan Figueras iaitu Black Watch menang 6-5 yang membawa ke masa tambahan. Pada mulanya pasukan putera raja itu, Black Rock telah mendahului dua mata menerusi jaringan Harry walaupun terjatuh.
"Saya fikir kuda putera raja itu menjadi takut atau sebaliknya.
"Ia adalah sesuatu perlawanan yang sengit, kami tidak tahu siapa yang akan menang, jadi ia sungguh menyeronokkan untuk bermain," kata Figueras.
Namun bagi Putera Harry, polo bukanlah fokus utama pada hari tersebut. Beliau memegang janjinya untuk menyambung kerja kebajikan sebelum ini yang dibuat oleh mendiang ibunya yang mati akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, yang sering digambarkan memeluk ibu dan kanak-kanak HIV.
"Amerika Syarikat selalu melindungi mereka yang tertindas, miskin, dan memerlukan pertolongan di dunia ini. Pada saya ini ialah pendirian sebenar Amerika Syarikat," katanya sebelum perlawanan itu.
Badan kebajikan itu ditubuhkan oleh Harry dan Putera raja Lesotho, Putera Seeiso bagi membantu kanak-kanak Lesotho yang mudah terdedah kepada penyakit itu, dimana kebanyakkannya adalah anak yatim AIDS.
Harry berkata, dia dan putera raja Afrika itu mahu mencontohi tugas mulis yang dilakukan oleh mendiang ibunya.
Lawatan tiga hari Harry ke New York bermula Jumaat lalu di Akademi Tentera West Point yang terletak di utara bandar itu, dikuti dengan UNICEF kelmarin dan kemudiannya melakukan balingan pertama bagi perlawanan pasukan Mets. - AP

No comments:

Post a Comment