Sunday, June 20, 2010

macam mengata diri sendiri

Pembangkang hanya papar aspek negatif 


2010/06/20

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan rakyat supaya tidak terikut-ikut dengan rentak segelintir pihak termasuk pembangkang yang mensensasikan laporan Kumpulan Kerja Mengenai Timbang Tara Penahanan berhubung pusat tahanan negara. 

Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan termasuk laporan agensi berita asing hanya mengambil aspek tertentu dalam laporan berkenaan untuk diperbesarkan.“Laporan berkenaan banyak melaporkan aspek positif diambil kerajaan khususnya menambah baik pusat tahanan di negara ini, tetapi sesetengah pihak melaporkan seolah-olah tiada apa kita lakukan untuk memperbaiki keadaan,” katanya.Hishammuddin berkata demikian selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kluang, di sini semalam. 

Semalam, akhbar melaporkan jawatankuasa dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di Malay-sia selama seminggu dan memeriksa lima pusat tahanan termasuk Pusat Tahanan Kamunting di mana tahanan ISA ditempatkan. 

Laporan jawatankuasa berkenaan menyebut tahanan di Malaysia diberi layanan baik dan memuji bilangan mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin berkurangan. 

Mereka turut mengesyorkan supaya Malaysia memansuhkan atau meminda empat undang-undang pencegahan termasuk ISA untuk disesuaikan dengan Pengisytiharan Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia. 
Sementara itu, Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO memberi jaminan keadaan negara adalah selamat dan terkawal kerana laporan media berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI) sebenarnya sudah berlaku berbulan lalu, tetapi tidak diketahui masyarakat. 

"Tindakan kerajaan (tidak mendedahkan gerakan itu) adalah untuk orang ramai tidur nyenyak setiap malam. Kita dalam Barisan Nasional (BN) melihat amanah (untuk jaga keselamatan negara) secara serius, tidak tergamak mempolitikkannya. Jika saya mahu mempolitikkannya, berbulan dulu saya dedahkan bila kita usir pelajar terbabit ke negara asal mereka. 

"Kita ada cara kita... kita sudah kendalikan, usir balik, kenal pasti masalahnya dan kita masih lagi melakukan pemantauan... ini perkara yang kita lakukan 24 jam, 365 hari setahun bagi memastikan negara selamat daripada sebarang ancaman," katanya. 

No comments:

Post a Comment