Wednesday, September 8, 2010

Peniaga buku seram sedia cabar Azmin



Oleh Anwar Hussin dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/09/08

Pertandingan Ketua Cabang PKR Gombak 3 Oktober depan 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali, akan dicabar oleh peniaga buku seram, Bakar Ninggal, dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Gombak pada pemilihan 3 Oktober depan.
Kedudukan Azmin sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa serta mendapat sokongan padu untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, tidak menghalang jawatan itu daripada dicabar.
Mesyuarat pemilihan Cabang Gombak akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang. 

Bakar sebelum ini pernah menjadi Timbalan Ketua Cabang Gombak dari 1999 hingga 2005 dan bendahari selama sepenggal hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan kerana dikatakan berselisih faham dengan Azmin. 

Kelmarin, 20 Ahli Parlimen PKR menyatakan sokongan penuh terhadap Azmin untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada November depan. 

Kumpulan itu diketuai Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang menyokong Azmin berdasarkan ketokohan, kepemimpinan dan ketahanan diri. 
Sementara itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menghadapi saingan tiga penjuru sebagai Ketua Cabang Pensiangan di Sabah. 

Jeffrey akan dicabar Danny Anthony Andipai dan Richard Liwan dalam pemilihan 29 September ini.

No comments:

Post a Comment