Saturday, October 2, 2010

Konflik PKR tidak jejas Pas



KOTA BHARU- Krisis dan ketegangan yang berlaku dalam pemilihan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. 

Menurutnya, Pas tidak bimbang dengan isu yang berlaku kepada PKR kerana senario politik di Kelantan berbeza dari tempat lain sekali gus tidak mempengaruhi undi di kawasan tersebut. 

“Yang akan bertanding adalah Pas, sudah tentu demo politik Kelantan tidak sama dengan tempat lain, rakyat meyakini dan akan menilai berdasarka:n pencapaian kita di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Majlis Aidilifitri Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah seMalaysia (Pekida) di sini semalam. 

:Hadir merasmikan Majlis itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas. 

:Beliau berkata demikian ketiga mengulas mengenai ‘bahang’ yang melanda PKR susulan pemilihan kepimpinan baru parti itu yang menyaksikan beberapa tonggak parti saling mengeluarkan kenyataan tuduh menuduh. 

:Dalam pada itu, Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak bimbang dengan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas. 

:Katanya, pihak yang akan bertanding bukannya antara Ahli Parlimen Gua Musang itu dengan Pas, sebaliknya pertembungan berlaku antara Pas dengan UMNO. 

“Jadi, saya tak nampak pelantikan Tengku Razaleigh itu boleh memberi kelebihan kepada sesiapa pun, apa yang pasti Pas hanya memberi tumpuan kepada persiapan parti sebaik mungkin untuk memenangkan calon yang dipilih,” katanya. 

Ditanya mengenai saranan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan supaya UMNO dan Pas berkompromi dan memberi laluan tanpa bertanding kepada Pas, Nasharuddin berkata, ia suatu lontaran pendapat peribadi Takiyuddin sendiri dan kini Pas telah memutuskan untuk bertanding. 

Mengulas mengenai calon, Nasharuddin berkata, perkara itu akan diputuskan setelah Pas Kelantan menyerahkan nama dan dibawa kepada Majlis Syura Ulama untuk ditapis dan dipilih untuk bertanding di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment