Saturday, October 2, 2010

Penyamun beri 'ceramah' selepas tetak mangsa




Berita pertama:
Penyamun beri 'ceramah' selepas tetak mangsa

ALOR SETAR (Berita Harian 27/9/10): Seorang penyamun sempat 'berceramah' mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, di sini, seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan.

Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu.

“Selepas berceramah, lelaki terbabit keluar dan menaiki sebuah kereta Proton Wira biru yang dipandu seorang lagi rakannya menunggu di luar.

“Saya bersama dua lagi pelanggan kemudian cuba menahan seorang daripada suspek terbabit, tetapi rakannya yang bersenjatakan parang menetak muka seorang daripada kami sebelum mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hafiz berkata, pada mulanya kumpulan lelaki terbabit memasuki premis permainan video itu dengan berpura-pura sebagai pelanggan, bagaimanapun, selepas itu mereka mengeluarkan senjata dan memaksa petugas kaunter serta pelanggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga milik mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.

Lelaki yang cedera itu dihantar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan.

Versi Inggeris:

Robbers have gall to advise victims

ALOR STAR (NST 27/9/10): Talk about a misplaced "holier than thou" attitude.

Two men robbed a video game centre and its patrons, and injured one of its customers yesterday, then proceeded to give a 15-minute lecture on why it was improper for Muslims to patronise the place.

The masked duo then left with an undisclosed amount of cash in a car driven by an accomplice who was waiting outside the centre in Jalan Pegawai.

The duo, one armed with a parang and the other, a stun gun, entered the premises at 12.30pm when there were around 10 customers and employees inside.

They made those inside hand over their cash and valuables and the staff the day's takings. One of the customers was slashed on the face when he tried to stop the men from fleeing.

A witness who only wanted to be known as Hafiz said: "Before leaving the scene, one of the robbers had also advised Muslims that visiting video games centre was improper according to the religion."

Kota Star police chief Assistant Commssioner Abdul Ghafar Rajab said the man who was injured during the robbery was later admitted to Sultanah Bahiyah Hospital here.

"We will record statements from witnesses to assist investigations into the case."
Berita kedua yang nampaknya ada persamaan dengan berita pertama:
'Guan Eng kena jawab isu wang'

Umat Islam tak mahu subahat sumber duit judi lumba kuda: Muhyiddin

PAGOH (Berita Harian 26/9/10): Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan mengenai sumber kewangan digunakan untuk program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu yang disumbangkan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendedahan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (sila baca di sini dan bab Umno pula sila baca di sini), mengenai isu turut membabitkan bukti dikemukakan.

“Kita tunggu maklum balas atau penafian Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana pada saya, prinsipnya kena jelas...kalau wang ihsan itu daripada sumber haram, kita umat Islam tidak mahu subahat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Melonjak Kecemerlangan Pendidikan Pagoh anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas pendedahan Pemuda UMNO yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri itu.

Ini dibuktikan menerusi kepala surat Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Lim iaitu Farida Hani M Yacob, bertarikh 9 Julai lalu.

Selain itu, Muhyiddin turut menegaskan, beliau selaku Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan tatatertib termasuk menggantung dan memberhentikan kerja mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan termasuk pengetua sekolah.

“Sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap perlu mengikut peraturan dan undang-undang selaras peruntukan Perlembagaan,” katanya mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Muhyiddin enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Muhyiddin turut mencabar Kit Siang membuktikan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan menteri untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengetua sekolah berkenaan.

"Kit Siang tidak faham peraturan itu kerana saya rasa dia tidak pernah menjadi pegawai kerajaan," katanya.

Beliau berkata, bagi kes pengetua atau pegawai kerajaan berjawatan tetap serta berpangkat DG48 dan ke atas, kuasa mengambil tindakan terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan urusetianya adalah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu mematuhi prosedur ditetapkan.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan transformasi bidang vokasional bagi meningkatkan jumlah pelajar yang mengambil bidang itu termasuk membolehkan pelajar mengikuti aliran berkenaan lebih awal iaitu selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

http://penarikbeca.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment