http://www.ibnuhasyim.com
Adam, kesal apa yang berlaku
KL 2 OKT 10: “Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran paling berguna dalam hidup saya,” kata seorang pengacara sebuah rancangan televisyen yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, dekat sini, Rabu lalu. Lapor myMetro hari ini.
Pengacara berusia 27 tahun itu mengaku menjadi satu kesalahan apabila bersama wanita bukan mahram, tetapi mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama.
“Saya hanya membantu rakan saya mengemas barang kerana dia perlu ke Kota Kinabalu, Sabah, tetapi terkejut apabila pihak berkuasa tiba.
“Kami tidak buat apa-apa, tetapi apa yang berlaku ini satu pengajaran buat saya dan tidak akan berulang lagi,” katanya yang dihubungi semalam.
Pengacara itu ditahan bersama wanita berusia 27 tahun yang juga isteri orang di sebuah apartmen jam 2 pagi, Rabu lalu. Jurucakap Jais yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah syariah.
Sebelum itu, suami kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 31, berkata, dia dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu kerana masalah rumah tangga.
“Walaupun kami tidak tinggal sekali namun kami masih menjaga anak perempuan yang berusia tiga tahun secara bergilir-gilir.
“Saya hantar anak saya kepada isteri setiap Jumaat dan menjemputnya semula pada Ahad sehinggalah saya terserempak dengan pengacara itu dalam kereta isteri bersama anak berhampiran kediaman saya di Kelana Jaya,” katanya.
Menurutnya, dia sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, tetapi tidak tahu dengan siapa.
“Saya juga tidak tahu berapa lama mereka berkenalan, tetapi saya syak mereka mengenali satu sama lain menerusi facebook.
“Akhirnya perkara itu terbongkar selepas mereka ditahan. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana lelaki itu dikenali orang kerana mengacarakan program televisyen, tetapi kenapa bersikap buruk seperti ini,” katanya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Agak keliru sikit, dia mengaku berkhalwat tetapi 'tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama'. Di sini perlu dijelaskan apa itu 'khalwat' dan hukumnya dari sudut agama.
Satu: Khalwat dari kata "khala" Secara bahasa, ertinya 'kosong'. Makna khalwat secara istilah adalah berkumpulnya lelaki dengan perempuan. Ada beberapa keadaan dalam khalwat dibolehkan dan dilarang dalam Islam.
Dua: Ringkas pembahasannya begini... Khalwat Dengan Perempuan Asing.Berduaan dengan lawan jenis yang sama sekali tidak ada hubungan, atau disebut berduaan dengan perempuan asing (ertinya, yang bukan isteri ataumahram) hukumnya adalah 'haram'.
Yang dimaksudkan 'mahram' pula adalah orang yang haram dinikahi seperti ibu, saudari kandung perempuan, dll. berdasarkan sabda Rosulullah SAW..
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
Ertinya : "Tidaklah (dibolehkan) seorang lelaki berduaan dengan perempuan kecuali dengan mahramnya." (HR Bukhori)
Tiga: Semua ulama sepakat, hukum berduaan dengan perempuan asing adalah haram. Kerana ketika lelaki berduaan dengan perempuan asing, maka syaitan akan terus mendesak untuk melakukan perbuatan yang tidak di halalkan syariat. Rosulullah SAW bersabda..
Tiga: Semua ulama sepakat, hukum berduaan dengan perempuan asing adalah haram. Kerana ketika lelaki berduaan dengan perempuan asing, maka syaitan akan terus mendesak untuk melakukan perbuatan yang tidak di halalkan syariat. Rosulullah SAW bersabda..
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Ertinya : "Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan." (HR Tirmidzi). Jadi berduaan seperti itu adalah diharamkan atas lelaki dan perempuan.
Ertinya : "Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan." (HR Tirmidzi). Jadi berduaan seperti itu adalah diharamkan atas lelaki dan perempuan.
Empat: Khalwat dengan perempuan asing dan ada orang lain. Ulama berbeda pendapat tentang hukum jika seorang lelaki berkumpul ditempat yang sama dengan beberapa perempuan, atau seorang perempuan bersama ramai lelaki. Dalam madzhab Syafi'i telah dirincikan tentang hukum-hukum tersebut.
Berkata Imam Al-Haramain: Sebagaimana diharamkan lelaki bersama seorang perempuan, maka diharamkan juga lelaki bersama ramai perempuan. Jika seorang lelaki bersama beberapa perempuan, sedangkan dia adalah mahramdari salah satu di antara perempuan-perempuan itu maka boleh.
Begitu juga satu perempuan dengan ramai lelaki, jika salah satu dari lelaki tersebut adalah mahramnya maka di'boleh'kan. Seperti halnya jika ada 20 lelaki bersama 20 perempuan, dan salah satu lelaki adalah mahram dari salah satu perempuan maka di'boleh'kan.
Dalam kitab Al-Majmu' disebutkan: Yang terkenal diantara ulama adalah di'boleh'kan satu lelaki bersama dengan ramai perempuan yang tanpa mahram. kerana tabiat perempuan adalah malu diantara mereka. Dikatakan juga, jika ramai lelaki bersama satu orang perempuan, maka itu diharamkan, kerana dimungkinkan ramai lelaki-lelaki itu boleh berpakat menyakiti perempuan tersebut.
Rujukan: Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah.
Allahu aklam.
No comments:
Post a Comment