AMPANG - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkat, laporan akibat gempa bumi yang berlaku di Jepun yang diterimanya menyatakan beberapa kabel Internet mengalami kerosakan. “Mengikut laporan, kelajuan Internet antarabangsa turun dari lima hingga lapan peratus, gangguan Internet mungkin diperlahankan dalam segmen menerima isyarat dari luar negara. Kami memohon pengguna tidak cemas atau mengkritik keadaan itu di luar kawalan,” katanya ketika sidang media selepas perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya ‘Sukan Rakyat 1Malaysia’ di Kampung Melayu Ampang, semalam. Hadir sama, Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo; Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Profesor Madya Dr Rozaidah Talib; Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Safarizul Mustafa dan Pemangku Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang, Salwa Yunus. Dalam perkembangan lain, Rais Yatim berkata, lebih RM40 juta nilai kabel setiap tahun milik syarikat telekomunikasi dicuri pihak tidak bertanggungjawab. “Kami menyarankan Masyarakat yang mengetahui mengenai kecurian kabel segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya. |
Sunday, March 20, 2011
Kabel rosak punca Internet lembap: Rais
Labels:
rosak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment