Tuesday, August 2, 2011

PM rehat seminggu selepas bedah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak selamat menjalani pembedahan pada lutut kirinya melalui ‘arthoscopic surgery’ yang mengambil masa selama 45 minit bermula jam 8.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam. 

Perdana Menteri menjalani pembedahan yang dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan dan seterusnya melalui skop berkenaan, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan di lutut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata pembedahan berkenaan berjalan dengan baik dan doktor yang bertanggungjawab puas hati terhadap hasil pembedahan akibat kecederaan ketika mengambil sepakan penalti ketika bermain futsal pada sambutan Hari Belia, Mei lalu.
“Datuk Seri Najib dinasihati berehat di hospital sehingga Rabu ini (esok) dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, semalam. 

Khamis lalu, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan di HKL.
http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment