Monday, September 5, 2011

20 korban Taufan Talas di Jepun



TOKYO 4 Sept. - Angka korban akibat Taufan Talas di Jepun yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang ketika ribut itu bergerak ke arah utara merentasi negara ini, hari ini.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya sebanyak 43 orang lagi cedera dan 50 lagi dilaporkan hilang akibat bencana alam itu.
Arahan dan nasihat pemindahan telah dikeluarkan kepada 460,000 orang penduduk di barat dan tengah Jepun, lapor agensi berita Kyodo.
Rakaman NHK TV memaparkan sebuah jambatan dihanyutkan air selepas hujan lebat menyebabkan air sungai bertukar menjadi warna coklat.
Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, Talas bergerak peralahan ke arah utara merentasi Lautan Jepun dan akan melalui selatan pulau Shikoku serta tengah pulau Honshu tengah malam ini.
Ekoran pergerakannya yang perlahan, agensi itu memberi amaran hujan lebat dan tanah runtuh mungkin berlaku.
Menurut polis, tiga rumah dilaporkan tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di wilayah Wakayama dan seorang gadis berusia 14 tahun berjaya diselamatkan daripada insiden itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment