Monday, September 5, 2011

Mat Sabu anggap kecaman paling berat, jijik



RANTAU PANJANG – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) menganggap kecaman dan tuduhan sejak mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM), Mohamad Indera adalah hero sebenar paling berat dan jijik diterimanya. 

Menurutnya, berikutan kenyataan itu, beliau dituduh menyokong komunis oleh akhbar yang menjadi menjadi milik Umno dan didakwanya cuba memesongkan fikiran rakyat. 

“Fitrah telah berulang, saya tidak hairan ditentang kerana siapalah saya. 

“Tok Guru juga teruk pernah dihentam sebelum ini dengan pelbagai tuduhan yang mana setiap kenyataan dikeluarkan sekerat sahaja menjadikan perkara itu tak sampai maksud,” katanya ketika berucap di Pusat Tarbiah Rantau Panjang, malam kelmarin. 

Pada ucapan sama, Mat Sabu berkata, Umno kini panik berikutan rating sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh sebanyak enam peratus berdasarkan kajian yang dibuat satu pihak, baru-baru ini. 

Menurutnya, kejatuhan dilihat berpunca daripada perbelanjaan dibuat isteri Perdana Menteri. 

“Setiap perbelanjaan dibuat tidak masuk akal termasuk pendedahan tentang cincin dimiliki beliau bernilai RM24 juta serta bil air kediaman beliau RM10,000,” katanya.

No comments:

Post a Comment