Monday, September 5, 2011

AU mungkin bertanggungjawab



MOGADISHU 4 Sept. - Kesatuan Afrika (AU) mengaku pasukan pengamannya di Somalia mungkin terlibat dalam insiden seorang wartawan televisyen Malaysia ditembak mati di ibu negara ini.
Pasukan pengaman AU dalam satu kenyataan lewat semalam berkata, pihaknya menyiasat laporan awal bahawa sebuah konvoi mereka mungkin terlibat dalam insiden tembakan yang mebawa kematian ke atas jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, kelmarin.
Kenyataan itu tidak membuat ulasan lanjut.
Noramfaizul terbunuh semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.
Pertubuhan hak asasi manusia dan penduduk Mogadishu kerap menuduh pasukan pengaman AU yang diberi mandat mempertahankan kerajaan Somalia yang goyah, membedil kedudukan awam di ibu negara ini dengan sewenang-wenangnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment