Monday, September 5, 2011

Miley Cyrus kelihatan lebih muda



GAMBAR Miley Cyrus (kanan) bersama 
rakan-rakannya dalam parti Jen Talarico 
disiarkan di laman Twitter.


LOS ANGELES - Penyanyi remaja, Miley Cyrus kelihatan lebih muda daripada umurnya yang berusia 18 tahun semasa dia bergambar dengan rakan-rakannya pada satu parti seorang rakannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia menyiarkan gambarnya itu yang dirakamkan bersama rakan-rakannya yang lain di laman Twitter.
Cyrus yang berlakon dalam filem Hannah Montana berkata dalam mesejnya kepada dua juta peminatnya di laman Twitter bahawa dia bergambar dengan seorang rakannya yang bakal menjadi pengantin, Jen Talarico.
Talarico merupakan penari sokongannya di pentas.
Sebelum ini, Jen mengesahkan bahawa Cyrus akan menjadi pengapitnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment