KUALA LUMPUR 17 Mei - Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.
Fasha, 28, yang mengesahkan dia 'bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.
"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?
"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.
"Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu," katanya tegas ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Fasha dan Rizal Ashram atau Jejai, 36, dinikahkan oleh bapanya, Hassan Mohideen pada majlis persandingan di sebuah hotel di sini pada 27 April lalu.
Pada 14 Mei lalu, Fasha dalam akaun Twitter berkongsi berita kegembiraan tentang kehamilannya (bunting pelamin) dengan para peminat.
"Rezeki dari Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, alhamdulillah," katanya di laman sosialnya itu.
No comments:
Post a Comment