Friday, May 18, 2012

Kecewa papan iklan Pas diconteng


Keadaan papan iklan Kempen Jom Sertai Pas yang diconteng.
Keadaan papan iklan Kempen Jom Sertai Pas yang diconteng.
JUNJUNG - Ketua Unit Peti Undi Pakatan Rakyat Junjung, Mohd Bakhry Yahya kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menconteng papan iklan bagi menjayakan Kempen Jom Sertai Pas, baru-baru ini.

Menurutnya, salah satu iklan yang dipasang sepanjang jalan bermula dari Air Putih ke Junjung dirosakkan dan beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Kulim berhubung masalah itu.

“Saya tidak menuduh mana-mana pihak bertanggung jawab terhadap perlakuan menconteng iklan itu, tetapi perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Pada 14 Mei lalu, kira-kira jam 2 petang, saya menerima panggilan daripada seorang rakan yang memaklumkan iklan Kempen Jom Sertai Pas diconteng,” katanya.

Mohd Bakhry, setibanya di lokasi kejadian, beliau dapati pihak bertanggungjawab menggunakan cat kuning untuk mengecat wajah pemimpin Pas, manakala cat hitam digunakan untuk menconteng iklan yang dibuat.

“Saya tidak menuduh mana-mana pihak. Tapi takkan kami nak lakukannya sendiri kerana kos untuk membuat iklan itu mahal.

“Saya harap polis dapat menjalankan siasatan berkaitan vendalisma yang dilakukan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment