Friday, May 18, 2012

UMNO PARAH KENA DURI DURIAN RUNTUH

 Kerajaan Umno yang hendak sangat bermain dengan durian runtuh, dan tak habis-habis sebut durian runtuh yang 'diberikan' kepada peneroka Felda, akhirnya bakal luka parah kerana durian runtuh itu. 

Peneroka telah mula bising di sana-sini antara bakal menerima durian runtuh dengan syarat-syarat ketat yang dahlah tidak sebesar mana, dengan bakal kehilangan hak sebagai peneroka Felda. Semuanya bercampur baur meninggalkan konflik yang kian mencelarukan fikiran mereka.

Borang perjanjian dalam Bahasa Inggeris kepada peneroka yang majoriti tak tahu berbahasa Inggeris lebih memeningkan kepala para peneroka sehingga telah ramai yang mula mengesyaki sesama sendiri, pasti 'ada udang disebalik batu' yang bakal dilakukan oleh Isa Samad dan Kerajaan UBN!

Di kedai-kedai kopi di tanah-tanah rancangan telah ramai peneroka berbisik-bisik sesama sendiri membincangkan makna 'hamramjadah' yang kian popular dalam kalangan mereka dan juga berbisik-bisik kalau pening-pening sangat, mereka tidak teragak-agak menghempapkan kembali durian runtuh ke kepala Umno dalam PRU 13 nanti.

Hah...mampoh lah Umno!!!

No comments:

Post a Comment