Friday, May 18, 2012

Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland


18 Mei, 2012 - Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland - by Addin 


Cubaan Malaysia menyembunyikan skandal penyelewengan wang hasil rasuah pembalakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, kini mulai dibongkar. Berikutan pendedahan yang kami lakukan ke atas beberapa dokumen yang digunakan untuk menuduh itu, beberapa badan antarabangsa telah mula meneliti bahan-bahan bukti itu. 

Bahan-bukti seperti itulah yang dinafikan oleh Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail. Secara khususnya, fokus kini bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh bank Switzerland terbesar iaitu bank UBS, yang telah mengendalikan suatu jaringan akaun yang kompleks bagi pihak Musa Aman dan rakan sejenayahnya.

Hanya kurang seratus juta dollar telahpun disalurkan menerusi akaun-akaun UBS ke destinasi terakhirnya, iaitu akaun bank di Zurich di bawah nama Musa Aman. Turut menggunakan wang haram itu adalah anak-anak lelakinya yang menuntut di Australia.

Persoalan-persoalan yang kembali menghantui UBS

UBS telah berperanan berkhidmat untuk Musa Aman dengan membantu rakan-rakan politiknya dalam BN menutupi salah-laku tersebut.

Pada hari ini MP Carlo Sommaruga telah membangkitkan beberapa siri persoalan dalam Dewan Parlimen Swiss di Berne, setelah dia menyatakan kerisauannya terhadap penglibatan bank Swiss terbesar dalam transaksi kewangan yang penuh skandal itu.

Menurut Bruno Manser Fund (BMF), beliau telah menuntut diperjelaskan butir-butir pertuduhan yang terlibat, berikutan pendedahan dari Pejabat Peguam Negara Swiss yang telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di Hong Kong yang telah meminta maklumat selanjutnya mengenai kes Musa Aman.

Dia juga bertanya sama ada kerajaan Swiss telah didatangi oleh penguatkuasa undang-undang dari Malaysia berkenaan perkara itu dan sama ada Switzerland akan membantu di segi bantuan perundangan kepada Malaysia.


Bekukan Aset-Aset Taib

Tambahan pula, menurut BMF, Carlo Sommaruga sedang mendesak kerajaan Swiss untuk membekukan aset-aset milik Musa Aman dan rakan sejenayahnya, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga ahli-ahli keluarganya.

Beliau juga meminta diperjelaskan apakah jenis perlindungan yang dijangka dalam Perjanjian Perdagangan Bebas antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, dan Malaysia yang akan menghalang hasil rasuah Malaysia daripada mengalir ke Switzerland.

Pakar undang-undang kini meneliti perkara ini dan Musa Aman, yang telah menuduh Sarawak Report memfitnahnya, dan UBS harus merasa lebih bimbang tentang bagaimana mereka akan menjelaskan bagaimana wang berjuta-juta dolar yang telah berangkaian di seluruh dunia dalam perjalanan ke Zurich, termasuk ke Amerika Syarikat. 


~sarawakreport

No comments:

Post a Comment