Thursday, June 7, 2012

Amanat Presiden PAS kepada ahli PAS

 Amanat Presiden PAS kepada ahli PAS;

Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُو ا ٱصۡبِرُو ا وَصَابِرُو ا وَرَابِطُو ا وَٱتَّقُو ا ٱللهَّ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)

PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.

Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat shura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.

3. Penutup
Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai keredhaan Allah.

اله أكبر ولله الحمد

Muat turun Ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena program Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Jun 2012 di Kompleks Kota Sarang Semut, Kedah - http://pas.org.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=81&Itemid=497

No comments:

Post a Comment