MAZLAN-ALIMAN
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, dijangkakan seramai 20,000 orang akan menghadiri perhimpunan tersebut termasuk 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, ini merupakan langkah terakhir persatuan itu, memandangkan semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad enggan mendengar pandangan mereka berhubung dengan penyenaraian itu.