Thursday, June 7, 2012

Azmin persoal tindakan SPRM 17 tahun lalu

Berita Harian Online | Azmin persoal tindakan SPRM 17 tahun lalu:
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, mengesahkan beliau belum dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam. 

Ahli Parlimen Gombak itu turut mempersoalkan SPRM kerana tidak mengambil tindakan terhadapnya sekiranya beliau terbabit rasuah 17 tahun lalu.


“Kenapa sekarang baru nak siasat, kenapa tidak dari dulu, ini semua sebab pilihan raya sudah dekat,” katanya di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.


Minggu lalu, Panel Penilaian Operasi SPRM mengarahkan siasatan dibuat terhadap Azmin kerana memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam antara 1995 dan 1997. 

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata arahan dikeluarkan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009. 

Baru-baru ini, Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menyerahkan dokumen sulit itu di London, bulan lalu. 

Pengendali portal MalaysiaToday itu mendakwa berdasarkan dokumen terbabit, BPR mempunyai bukti Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek. 
Azmin secara sinis turut menyifatkan SPRM sebagai ‘super efisyen’ apabila menutup kes bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment