Thursday, June 7, 2012

Geng UMNO banggang desak tunai janji



SEBAHAGIAN ahli gabungan 32 NGO berarak sambil membawa peralatan binaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok dan cangkul sebagai simbolik kepada Kerajaan Negeri Kelantan supaya menunaikan janji kepada rakyat di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID



KOTA BHARU 6 Jun - Kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim di sini bagi mendesak Kerajaan Kelantan melaksanakan segera projek-projek yang dijanjikan kepada rakyat tetapi belum ditunaikan.


Mereka yang mewakili 32 NGO turut membawa pelbagai peralatan pembinaan sebagai sindiran kepada kerajaan negeri supaya melaksanakan projek berkenaan.


Peralatan itu antaranya kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang didermakan sebagai sokongan terhadap ‘hasrat murni’ membawa pembangunan dan mengingatkan Nik Abdul Aziz agar segera memulakan projek itu yang sudah dijanjikan sejak 22 tahun memerintah.

No comments:

Post a Comment