18 September 2012
KANGAR - Seorang gadis merayu supaya membantu mengesan bapa kandungnya, Ismail Ali, yang menghilangkan diri sejak dia dalam kandungan ibunya.
Subiyah Shafie, 18, berkata, dia mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya dengan lelaki pilihan, Mohd Nazzarudin Mokhtar, pada majlis perkahwinannya di Kampong Petai, Batu 3 1/2 Jalan Kaki Bukit di sini, 30 September ini.
Menurutnya, dia amat memerlukan kehadiran bapa kandungnya itu sebelum tarikh perkahwinannya bagi mewalikan pernikahannya dengan pasangannya itu.
“Saya tidak pernah berjumpa bapa kandung saya kerana ditinggalkan ketika masih dalam kandungan ibu yang ketika itu baru berusia enam bulan.
“Bapa kandung saya berasal dari Thailand. Dia meninggalkan ibu saya, Ramlah Hashim ketika tinggal di rumah sewa di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis,” katanya kepada Sinar Harian.
Subiyah berharap sesiapa yang mengenali bapa kandungnya supaya segera menghubunginya di talian 017-4914741.

No comments:
Post a Comment