Wednesday, September 19, 2012

Seorang tahanan Palestin tenat



RAMALLAH 18 Sept. - Seorang daripada tiga rakyat Palestin yang ditahan di Israel dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana kekurangan gula dalam darah selepas melancarkan mogok lapar sejak beberapa minggu lalu.
Saluran televisyen al-Jazeera dalam laporannya memetik jurucakap Kelab Tahanan Palestin di sini, Amani Sarahna sebagai berkata, Samer Barq (gambar) yang menggesa mereka dibebaskan daripada tahanan, ditempatkan di pusat perubatan Assaf Harofeh, tengah Israel, malam tadi.
''Dia enggan minum atau makan,'' katanya yang memetik doktor di sana sebagai berkata.
Samer memulakan mogok lapar pada 15 April lalu bersama kira-kira 2,000 tahanan Palestin lain yang mendesak keadaan lebih baik dalam penjara termasuk menamatkan tindakan penahanan ke atas mereka atas arahan politik dan tahanan individu.
Menurut wakil badan bukan kerajaan Palestin yang membantu tahanan di penjara Israel dan Palestin, Addameer, Samer menamatkan mogok laparnya pada 14 Mei lalu tetapi menyambung semula tindakan itu pada 21 Mei lalu selepas Israel mengeluarkan arahan baru tindakan penahanan atas arahan politik.
Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman berkata, Samer dipindahkan dari penjara ke hospital awam, kelmarin tetapi beliau tidak dibenarkan memberi maklumat mengenai keadaannya.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa minggu lalu berkata, Samer bersama Hassan Safadi dan Ayman Sharawneh kini hampir mati akibat mogok lapar.
Kira-kira 200 rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan dekat Ramallah hari ini menuntut mereka dibebaskan. - AGENSI/AFP

No comments:

Post a Comment