LOS ANGELES: Ahli keluarga lelaki California yang menghasilkan skrip dan menerbitkan filem Innocence of Muslims meninggalkan rumah mereka awal pagi semalam untuk bersembunyi.
Nakoula Basseley Nakoula tidak pulang ke rumahnya di Cerritos sejak disoal siasat pihak berkuasa malam Jumaat lalu.
Sejurus sebelum jam 4 pagi, pegawai dari Jabatan Sheriff Los Angeles mengiringi ahli keluarga Nakoula keluar dari rumah itu memasuki kenderaan polis.
Mereka kemudian dibawa untuk bersama Nakoula di tempat rahsia. Jurucakap Jabatan Sheriff, Steve Whitmore, berkata keluarga Nakoula berpendapat mereka lebih selamat jika berpindah dan menjalani hidup normal. “Apa yang kami lakukan adalah mengambil mereka untuk disatukan dengan Nakoula,” katanya. Walaupun diberi kebebasan untuk membuat keputusan, Whitmore berkata, keluarga terbabit dipercayai tidak akan kembali ke rumah berkenaan selepas ini. - Reuters

No comments:
Post a Comment