Wednesday, September 19, 2012

Rakyat Syria tidak boleh tunai haji musim ini



DAMSYIK 18 Sept. - Rakyat Syria tidak boleh menunaikan haji tahun ini ekoran hubungan tegang antara Damsyik dan Riyadh ekoran konflik di negara ini.
Agensi berita rasmi SANA melaporkan Syria melaksanakan semua prosedur perlu yang ditetapkan Arab Saudi untuk musim haji yang dijadual bermula pada bulan depan.
Bagaimanapun, ia menyatakan pihak berkuasa Arab Saudi tidak menerima maklumat terperinci yang disediakan pada waktunya.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.
Hubungan Syria-Arab Saudi tegang apabila Damsyik menuduh Riyadh membantu pemberontak untuk menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad. - AGENSI

No comments:

Post a Comment