Pemimpin mereka banyak yang rasuah dan tidak mahir mengendalikan negeri dan negara. Dasar2 mereka menyebelahi orang kaya. Para penyokong mereka pula sudah banyak yang tidak berkualiti. Hanya orang yang tidak mampu berlawan dengan hujjah akan hilang pertimbangan dan menyerang pihak lawan. Marilah kita bertarung dengan memikirkan soal maruah, seruan atau duty dan negara. Semua kita mahukan yang terbaik untuk negara bukan parti kita.
Saya mengajak mereka- marilah kita mempersembahkan kepada rakyat dan pengundi hujjah2 kita dan apa yang kita boleh berikan kepada mereka. Janganlah kita lupa bahawa kita memasarkan kepada rakyat, produk dan perkhidmatan politik. Apa dia? Produk dan barangan politik termasuklah, pemimpin, pimpinan, dasar2 dan wawasan dan jenis penyokong apa yang kita tawarkan!!
No comments:
Post a Comment