18 September 2012
TEMERLOH - Sepasang suami isteri bukan sahaja sedih, malah perasaan mereka tertekan kerana terlalu bimbangkan keselamatan anak bongsu mereka yang dikatakan keluar dari rumah pada malam 10 September lalu dan sehingga kini masih belum pulang.
Idris Aw Ngah, 61, berkata, biarpun Nor Fazliana Abdullah, 21, adalah anak angkat mereka yang dijaga sejak berusia setahun, namun gadis itu yang mesra dipanggil Lia sudah dianggap seperti anak kandung sendiri.
Menurutnya, anaknya itu baru sahaja menghabiskan pengajiannya di sebuah kolej swasta di ibu negara mengambil kursus Diploma In Risk Management.
“Lia baru sahaja tamat pengajian sekitar sebulan lalu dan dia ada mengatakan mahu bekerja bersama rakan-rakannya. Semasa Aidilfitri lalu, terdapat beberapa kawan Lia datang beraya di rumah kami. Saya difahamkan mereka dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
“Lia memberitahu kawan-kawannya itu mengajaknya bekerja dalam sektor perkilangan. Saya minta dia bersabar dan tidak perlu tergesa-gesa bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Paya Pulai, Temerloh.
Idris yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, pada 10 September lalu, dia tiada di rumah kerana bekerja, sementara Lia bersama ibunya dan seorang kakaknya yang juga anak angkat ditinggalkan di rumah.
Menurutnya, isterinya, Aishah A Samad, 61, memberitahu, kira-kira jam 9 malam Lia masih ada di dalam biliknya sedang melayari Internet.
“Memang Lia tidak menunjukkan tanda untuk keluar rumah ketika itu dan ibunya melihat dia ada dalam biliknya. Tetapi keesokan paginya bila kakaknya mahu mengejutkan dia bangun, Lia sudah tidak ada.
“Lia dipercayai keluar ikut pintu belakang ketika ibu dan kakaknya sudah tidur. Ada seorang rakan saya sedang minum di warung berdekatan lihat Lia menaiki kereta Viva berwarna putih dan di dalamnya ada dua atau tiga orang. Kereta itu dilihat menunggu Lia di bawah pokok berdekatan rumah saya,” katanya.
Idris berkata, selepas dihubungi mengenai perkara itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
“Saya sudah mencari Lia di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, tetapi tidak jumpa. Saya minta jasa baik orang ramai membantu saya mengesan Lia kerana ibunya kini bukan sahaja sakit, malah perasaannya tertekan kerana terlalu rindu dan bimbang keselamatannya.
“Saya mohon jika ternampak Lia atau mengetahui di mana Lia sila hubungi saya di talian 019-9955175. Saya ada menghubungi nombor telefon Lia tetapi nombor itu tidak aktif,” katanya.

No comments:
Post a Comment