KABUL: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) semalam berkata, mereka menahan seorang pemimpin Taliban yang dikehendaki kerana melakukan serangan ke atas pangkalan utama tentera di selatan Afghanistan dan memusnahkan enam jet pejuang Amerika Syarikat (AS) serta membunuh dua anggota marin AS.
Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai AS menahan suspek dan dua suspek pemberontak di daerah Nad Ali di wilayah Helmand yang menempatkan pangkalan tentera utama, Camp Bastion.
Menurut ISAF, penahanan itu dibuat hasil kerjasama dengan tentera Afghanistan.
“ISAF percaya suspek menyediakan sokongan kepada pemberontak yang menyerang pangkalan tentera itu pada Jumaat lalu,” katanya.
Menurut ISAF, mereka masih menyiasat bagaimana 15 komando Taliban bersenjatakan jaket membunuh diri, senjata api dan roket serta memakai seragam AS membolosi kawalan di kem berkenaan. - AFP

No comments:
Post a Comment