Wednesday, September 19, 2012

Pakistan buka kes penyelewengan Presiden



ISLAMABAD 18 Sept. - Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervaiz Ashraf hari ini memaklumkan kepada Mahkamah Agung bahawa kerajaan akan mematuhi arahan mahkamah untuk membuka semula kes penyelewengan melibatkan Presiden, Asif Ali Zardari, sekali gus menamatkan konflik politik di negara ini yang menyaksikan perdana menteri sebelum ini dipecat.
Tindakan itu mengejutkan penduduk Pakistan selepas kerajaan enggan memenuhi perintah mahkamah sejak beberapa bulan lalu untuk menulis surat kepada pihak berkuasa Switzerland meminta mereka membuka semula kes tersebut.
Ashraf berkata, beliau mengarahkan surat itu dihantar demi kepentingan negara, rakyat dan integriti Pakistan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment