BEIRUT 21 Okt. - Kehadiran utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi bagi membincangkan cadangan gencatan dengan Syria, semalam tidak menghalang keganasan daripada terus berlaku di negara itu.
Menurut pemerhati, sekurang-kurangnya, 60 orang dilaporkan terbunuh di seluruh negara itu ketika jet pejuang tentera kerajaan terus membedil kawasan di tengah dan utara Syria.
Brahimi yang tiba di Damsyik semalam, kemudiannya dilaporkan akan bertemu pemimpin pemberontak bagi membincangkan proses gencatan senjata antara kedua pihak terlibat. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121021/lu_07/60-terkorban-ketika-perbincangan-perjanjian-damai#ixzz2A2OIufGH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment