Lebih 20 korban keganasan Nigeria
Bilik darjah sekolah di Potiskum dibakar oleh kumpulan Boko Haram dalam serangan terbaru, kelmarin.
POTISKUM - Rekod hospital di utara Nigeria menunjukkan sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam keganasan terbaru yang dicetuskan kumpulan radikal Boko Haram.
Agensi media Associated Press, memaklumkan perkara itu ketika meninjau punca kematian Hospital Besar Potiskum di negeri Yobe, yang menjadi lokasi serangan pemberontak sejak Khamis lalu.

"Sebahagian mangsa maut disimpan di rumah mayat hospital berkenaan," katanya.
Menurut saksi, seorang lelaki bersenjata dilihat memasuki kediaman bekas pegawai Kastam Nigeria lalu menembak mati mangsa dan anaknya.
Serangan Boko Haram semakin menjadi-jadi sejak pemberontakan gerila menentang kerajaan pusat sehingga memaksa  bilangan anggota tentera ke Potiskum ditambah, kelmarin. -Al-Jazeera