Lakhdar Brahimi
Lakhdar Brahimi
DAMSYIK - Duta PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Syria berhubung gencatan senjata di negara itu, hari ini.
Lakhdar akan bertemu dengan Menteri Luar Syria, Walid Muallemdan berharap gencatan senjata dapat dicapai antara kerajaan dan puak pemberontak minggu depan, menjelang sambutan Aidiladha.
Serangan masih kedengaran awal ini di pinggir bandar Damsyik. 
Pertempuran juga tercetus di bandar utara Harem, di sempadan Turki.
Orang awam di Syria dalam keadaan terdesak mahukan gencatan senjata dilakukan namun timbul banyak keraguan bahawa Presiden Bashar al-Assad akan bersetuju.
Gencatan senjata yang bermula 12 April lalu sudah lama berakhir dan keganasan mengusai negara itu. 
Lakhdar juga dijangka bertemu Presiden Syria dalam rangka lawatannya itu.
Sejak 20 bulan lalu, kumpulan pemberontak berjuang menentang kerajaan pimpinan Bashar dan sekurang-kurangnya 30,000 orang dipercayai telah dibunuh.
Usaha masyarakat antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian diplomatik telah gagal kerana jurang mendalam yang dicetuskan PBB. 
Menerusi video yang dimuat naik di Internet, salah satu kumpulan pemberontak berkata ia bersedia menghormati gencatan senjata yang diberikan dengan syarat-syarat tertentu, manakala kumpulan lain tidak membuat sebarang keputusan.