Lagi letupan bom Damsyik
Keadaan menjadi kelam kabut sebaik sahaja bom meletup di tengah Bandar Lama, Damsyik.
DAMSYIK - Satu letupan bom kuat menggegarkan Bandar Lama, meragut 10 nyawa pada hari lawatan wakil keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke ibu negara Syria bagi mengadakan perbincangan dengan  Presiden Bashar Assad, semalam.

Menurut pegawai, bahan letupan diletakkan di dalam sebuah kereta dan meletup sejauh 50 meter daripada balai polis Bandar Lama sehingga ke kejiranan Bab Touma.

"Seramai 17 orang awam dilaporkan cedera," katanya.

Bab Touma merupakan lokasi membeli-belah di kalangan kumpulan minoriti masyarakat Kristian Syria.

Pemerhati Hak Kemanusiaan Britain berpangkalan di Syria melaporkan, 10 terbunuh selain berpuluh parah, namun tidak memastikan sama ada mangsa cedera di kalangan orang awam atau polis.

Polis setakat ini, masih belum menerima bukti serangan didalangi kumpulan militan yang sering mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian serupa. - AP