Kapal Estelle membawa bahan makanan dan alatan pembinaan bagi misi bantuan kemanusian ke Gaza digempur di perairan Gaza. |
Askar Israel bertindak menyerbu kapal Estelle dan memaksa kapal terbabit menukar haluan ke Pelabuhan Ashdod.
Ketua misi Reut Mor berkata, ketika ditahan, kapal tersebut berada pada kedudukan kira-kira 30 batu nautika di luar pantai Gaza.
“Kami kesal dengan kejadian ini kerana kapal kami berada di perairan antarabangsa dan tiada siapa berhak menentukan kedudukannya,” katanya.
Menurutnya, tindakan askar Israel dianggap seperti 'lanun' kerana sewenang-wenangnya memasuki kapal itu.
Pada 2010, kejadian sama berlaku terhadap kapal Mavi Marmara sehingga menyebabkan sembilan aktivis Turki maut.
Sejak kejadian itu, Israel terus dikutuk negara antarabangsa. - CNN
No comments:
Post a Comment