DHAKA 25 Okt. - Bangladesh mula membina semula 19 kuil Buddha yang dirosakkan dalam kejadian rusuhan oleh penduduk Islam ekoran bantahan terhadap penyiaran video yang menghina al-Quran di laman Facebook.
Pentadbir daerah, Ruhul Amin berkata, jurutera tentera akan mengubah suai kuil-kuil terbabit membabitkan kos hampir 120 juta taka (RM4.65 juta,) atas arahan Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang melawat kawasan tersebut, baru-baru ini.
''Kerja-kerja baik pulih telah dimulakan. Kami sudah berbincang dengan pemimpin komuniti Buddha untuk melengkapkan reka bentuknya. Kuil berkenaan akan dibina sama seperti bentuk asalnya,'' kata Amin. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_06/Bangladesh-baik-pulih-19-kuil-Buddha#ixzz2APnLQetm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment