Abdul Aziz Mustafa, | 25 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berjaya meyakinkan projek pembangunan Iskandar Malaysia memberi limpahan manfaat kepada Johor, kata Salahuddin Ayub.
"Banyak dakwaan yang kita dengar kononnya projek Iskandar Malaysia mendorong aktiviti ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh Johor.
"Tetapi dakwaan itu dinafikan sendiri oleh laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan hasil kerajaan Johor pada 2011 menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara juga melaporkan penurunan turut berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kerajaan Johor kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Diminta mengulas mengenai jawapan kerajaan mengenai perkara berkaitan, Salahuddin menyifatkan jawapan tersebut sangat tidak meyakinkan.
"Jawapan tersebut lebih banyak berkisar kepada unjuran dan perancangan," katanya.
Di Dewan Rakyat minggu ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu meminta kerajaan menyatakan sejauh manakah usaha kerajaan untuk memastikan projek pembangunan Iskandar Malaysia tidak menjadi seperti projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang kini hidup segan mati tidak mahu dan sejauh manakah limpahan manfaat langsung projek Iskandar Malaysia itu kepada rakyat berpendapatan rendah.
Beliau juga mempersoalkan sejauh mana projek pembangunan Iskandar Malaysia boleh bersaing dengan Singapura untuk menarik pelaburan memandangkan visi besar projek tersebut.
Bagaimanapun, tidak diberikan statistik perbandingan antara pelaburan ke Singapura dan Iskandar Malaysia untuk menjawab persoalan itu.
Salahuddin juga mempersoalkan adakah syarikat-syarikat multinasional contohnya syarikat-syarikat telekomunikasi antarabangsa menjadikan Iskandar Malaysia sebagai apa yang dikatakan ibu pejabat serantau atau pusat sokongan teknikal dan pemasaran mereka.
Beliau juga mempersoalkan sejauh mana projek Iskandar Malaysia berjaya merancakkan perdagangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan pelabuhan-pelabuhan berdekatan di Johor.
"Perkara utama yang saya bangkitkan ialah sejauh manakah pekerja tempatan yang terlibat dalam bidang pengurusan dan profesional?
"KIta tidak mahu pekerja tempatan hanya menjadi pekerja bawahan sahaja. Kita tidak mahu mereka menjadi tukang sapu ataupun angkat sampah sahaja," katanya.
Jawapan mengenai perkara itu juga tidak diberikan kerana pihak kerajaan tidak ada data.

No comments:
Post a Comment