Friday, October 26, 2012

Gaza kembali tenang


       
GAZA: Ruang angkasa Gaza sepi semalam selepas gencatan senjata yang diusahakan Mesir menghentikan serangan udara Israel terhadap penduduk Palestin di wilayah ini.

Empat pejuang Palestin terbunuh kelmarin selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara terhadap Gaza berikutan tembakan roket yang dilepaskan kumpulan Palestin. Jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis berkata, tiada serangan dilancarkan sepanjang semalam.


Pihak berkuasa Hamas yang mentadbir Gaza juga mengesahkan, serangan udara terhenti meskipun Briged Mujahiddin mendakwa melepaskan tiga tembakan roket ke arah selatan Israel.

Mesir bertindak menjadi orang tengah untuk menghentikan ketegangan di Gaza selepas Israel bertindak melancarkan serangan udara berkenaan.


Serangan itu dilancarkan sejurus selepas lawatan Emir Qatar ke wilayah Palestin berkenaan untuk melancarkan projek pembinaan semula Gaza. - AFP

No comments:

Post a Comment