Ipoh: Seorang nenek terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk membesarkan cucu lelakinya berusia sembilan tahun yang ditinggalkan bersamanya sejak itu.
Normah Asinar, 58, pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), memperoleh RM500 sebulan yang digunakan membiayai persekolahan cucunya, Muhammad Zanawi Abdullah selain menampung kos perbelanjaan harian mereka, meninggalkan baki yang ada untuk membayar kos rawatan perubatan mereka. Saya sakit lutut dan perlukan puluhan ribu ringgit untuk pembedahan, manakala cucu perlu sekurang-kurangnya RM200 sebulan untuk kos rawatan penyakit kulit yang dihidapinya sejak kecil, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, Zanawi yang kini di Tahun Tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sam Tet, di sini, dijaganya selepas anak perempuannya, Siti Nor Ain Tallib, melarikan diri 10 tahun lalu.
Nor Ain ketika itu baru berusia 12 tahun dan ingin pinjam wang saya RM200, tetapi tak dilayan. Mungkin dia merajuk, terus lari meninggalkan Zanawi dan sehingga kini tidak pernah pulang, katanya sambil menambah sudah puas berusaha mencari anak perempuannya itu termasuk menerusi media cetak selain membuat laporan polis.
Normah bagaimanapun enggan mengulas bagaimana anak perempuannya itu melahirkan bayi ketika baru berusia 12 tahun, sekadar memberi bayangan gadis berkenaan adalah mangsa perbuatan jenayah.
Sehingga kini, katanya, tiada sebarang khabar berita mengenai Nor Ain diterimanya, malah sejak 10 tahun lalu, dia bersendirian bekerja dan ada kala terpaksa mengikat perut untuk menampung perbelanjaan mereka berdua.
No comments:
Post a Comment