PULAU PINANG 24 Okt. - Persiapan kenduri perkahwinan tingggal sebulan, namun ketiadaan wali menjadi penghalang untuk seorang gadis di sini menikmati kebahagiaan berumahtangga dengan pasangan lelaki yang tercinta.
Faridah Abdul Hassian 28, dijadual melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Abdul Halim Annuari dari Shah Alam, Selangor pada 7 Disember ini.
Dia memerlukan bantuan untuk menjejaki bapanya, Abdul Hassian Mohamed Mohideen, 58, yang berpisah dengan ibunya sejak 25 tahun lalu.
Faridah berkata, kehadiran bapanya sangat diperlukan berikutan kedua-dua pihak sudah selesai mengisi borang perkahwinan dan cuma menunggu majlis akad nikah kerana tidak dibenarkan menggunakan wali hakim dengan alasan bapanya masih ada walaupun gagal mengesannya sehingga sekarang.
Usaha mencari bapa saya dilakukan sejak sekian lama oleh anggota keluarga termasuk keluarga pasangan lelaki bagi membolehkan proses pernikahan ini dilangsungkan.
Orang ramai yang mengenali Abdul Hassian atau mengetahui di mana dia berada boleh menghubungi Faridah 012-5501207.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121025/wu_03/Cari-bapa-walikan-majlis-pernikahan#ixzz2AKPdDJtM
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment